Thursday, March 27, 2008

Teknik mengawal marah ketika berkenderaan

Assalamualaikum .Pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengentahuan bagi mengatasi dan mengawal perasaan marah ketika berkenderaan.

Elakkan laluan sesak
Elakkan keluar pada waktu sesak
Pastikan kereta anda berada pada tahap terbaik
Pastikan pendingin hawa sejuk
Ada kaset/CD motivasi, al Quran dan selawat
Aura wangi dalam kereta
Maafkan orang yang memotong queue
Bagi masa yang mencukupi untuk sampai ke destinasi
Guna power stering

Gambar bersama kawan-kawan dan pensyarah


Jamuan berbuka puasa


Gambar ini diambil semasa majlis berbuka puasa bersama pelajar PKPGB dan pensyarah.
Apa khabar kawan-kawan semua nampaknya semangat benar buat blog ,siang malam ,pagi petang mengadap komputer, baguslah satu kemahiran baru yang diperolehi setelah mengikuti program PKPGB.Terima kasih kepada En zul yang sudi mengajar kami.

Resepi nasi dagang

Assalaimualaikum kawan-kawan mari kita cuba resepi nasi dagang

Bahan-bahan

1kilo beras wangi
2cawan santan pekat
1 sudu halba
2inci halia
6ulas bawang merah
sedikit garam


Cara membuatnya

Beras direndam selama 6 jam dan dikukus selama 20 minit.
Gaulkan dengan 2 cawan air
Dikukus sekali lagi selama 20 minit.
Halia dan bawang merah di racik campurkan semua bahan tadi bersama santan pekat.
Campurkan bahan tadi bersama nasi yang dikukus,gaulkan sehingga rata.


Dihidang bersama gulai ikan tongkol atau gulai ayam

Wednesday, March 26, 2008

Pepatah Klasik

Pemimpin handal pemimpin terpuji
Tuahnya lebih maruah berdiri
memimpin bagai payung negeri

Sebagai pemimpin memanglah handal
Imanya teguh hatinya pukal
Budi mulia banyak beramal
Namanya masyhur tuahnya kekal
Dijadikan pemimpin maruahnya kental

Tuesday, March 25, 2008

Mari kenal Trengganu kita

Marilah kawan-kawan kenal Terengganu.Beli batik sutera, songket dan cuba resepi nasi dagang ,nasi kerabu,keropok losong dan sata.Nikmatilah keindahan pantai dengan desiran air yang nyaman,lambaian pokok kelapa.Ke Pulau Kapas menyandat sotong.Aturkan percutian kawan-kawan semua amba sudi menolongnya.